Mimpi Gelap
assalamualaikum...
Ini adalah post pertama aku.
Actually aku tak tahu nak post apa since this is my very first time. So, aku decide untuk cerita tentang memori yang aku takkan lupa sampai bebila.
11/4/2018, pukul 5 petang.
Aku call mak sebab nak masuk dewan exam, time tu aku gugup gila. Walaupon cuma midterm, Tapi, subject ni punyalah susah. Aku baca apa semua tak masuk otak, buat latihan, semua salah. Try buat soalan past year pon, aku tak yakin ad betul satu pun. Blank terokkk! Buleh kata ini kali pertama aku rasa macam tu selama 3 tahun aku hadap exam.
Time call tu biasalahkan, namapun perempuan, kalau tak banyak sikit mesti akan nangis jugak.. sebab time tu dah rasa akan gagal dalam subject tu. Tak lama lepas habis mengadu, Abah bersuara "Buat pelan-pelan, angah dah usaha kan? jangan kelam kabut. Releks lah." selalunya abah akan jadi pendengar setia ja, nak-nak lagi kalau aku tengah call mak. Lainlah kalau aku call abah, banyak jugak yang akan dia cakap. Lepas 15 minit on call, aku pun mintak diri, minta doa, minta lalu, minta lah apa yang buleh minta. haha. sebab pukul 5.30 masuk dewan.
Lepas ja habis exam, aku pun keluar dengan penuh serabut sebab tak tahu apa aku goreng tadi dan gembira dalam waktu yang sama sebab tu paper last untuk midterm sem ni. dalam kepala dok kira dah bape lama nak tido, bape lama nak layan movie, movie apa nak layan. haha. student life! cam tu lah.
12/4/2018, jumaat
Dalam pukul 9 macam tu patutnya aku ada kelas, tapi aku buat keputusan nak ponteng ja, bukan apa, kelas tu memang tak best pon... (jgn tiru cara aku ni walaupun memang ada student macam aku ni)... tengah syok sambung tido, ijat call mintak teman dia beli besi untuk project. Dia patutnya pergi dengan budak group dia, Miss A. Tapi masalahnya, dia buat ayat, kalau berdua, nanti datang yang ketiga, sebagai kawan, kena lah tolong ye tak? Padahal aku setuju sebab dia janji nak belanja aku makan. hahaha. perangai!
Dalam pukul 11.30 macam tu, dalam kereta, lepas keluar dari satu kilang besi ni, aku dapat call dari abah. Time tengok nama dia kat phone aku, aku dah pelik, aku fikir dia nak masukkan duit untuk aku, sbb aku cakap ak rasa nak bailk. dengan suara gedik aku, aku pun jawab lah... tertiba aku dengar suara lain yang jawab. Aku pun pelik lah, ingtkan abah sakit tekak, tapi " Salam dik, ni anak jai ka yang duduk melaka tu?" Aku pon jawablah dengan tenang. Lepas tu " adik kami nak bagi tahu, abah adik jatuh." Time tu aku dah rasa tak sedap hati. Semua jenis perasaan tak sedap dah ada kat dalam hati aku. Aku pun jawablah " dah bawak pergi hospital? macam mana keadaan dia sekarang? dia okey tak? dah call bagi tahu mak saya?" haaa... panjang tak soalan aku....
Tak lama lepas tu, ada suara lain yang jawab call tu " maaf dik, ni pakcik kawan abah kamu, pakcik harap kamu tenang, pakcik call kamu dulu sebab nak kamu cakap pelahan-lahan kat mak, abah kamu dah tak da."
sunyi
sunyi
sunyi
Aku dah rasa cam telinga aku berdengung ja... Rasa tak dengar apa-apa dah. Dunia aku rasa macam bisu. Lepas tersedar tak lama dari panggilan tu, barulah aku bersuara. "pakcik tipu" lepas tu, jangan ditanya lah macam mana keadaan dalam kereta tu. memang penuh suara aku ja, ijat dengan miss A x mampu nk ckp ap, ayat yang mampu diluahkan "sabar, istighfar" itu ja... selain dari tu, aku dah tak dengar apa-apa.
suasaan makin kelam lepas aku buat keputusan untuk call emak. dengar suara tangis, raungan emak, makin buat aku tak keruaan. aku nak balik naik bas, tp, lepas congak2 masa, melaka-perak lebih 6 jam kalau naik bas, maksudnya, aku kan sampai kat sana pukul 9 ke 10 mlm. aku perlu balik dengan segera. tapi bagaimana?
allah maha kaya, maha pemurah, lagi maha pengasih.
alhamdulillah, ijat buat keputusan untuk hantar aku balik perak. Semoga allah kurniakan kesenangan dalam setiap urusan mu ijat. aku berhutang budi yang amat besar. tak tahulah sama ada aku mampu untuk balas nanti. sempat dia pesan "jangan nangis nanti, kesian adik dengan kakak kau, kesian kat mak kau, kau kena kuad"
Sampai ja kat rumah, emak cakap, abah akan dikebumikan lepas ishak. Aku sampai umah pon pukul 8. ishak pukul 8.30. Aku cuma ada setengah jam ja. allahu, seratnya dugaan ni. Adik-adik dah menangis kat bahu aku. Tak puas aku tatap muka abah, tak puas aku mak dengar suara abah. tak puas. aku cuba kawal diri, cuba tak nangis depan jenazah. Aku tahu, abah ada lagi kat situ, tengah perati anak-anak dia. aku taknak dia tengok aku lemah. Walaupun hati aku dah memang pecah dah.
Baru semalam aku dengar suara dia, baru semalam aku sembang dengan dia. Dengar kata-kata semangat dia. Sekarang, dia dah tekaku tak bernyawa. sejuk dahi dia aku sentuh, Sejuk wajah dia. muka tennag dia seakan sedang tersenyum ja. tertitis juga air mata saat aku cium dahi dia untuk kali terakhir. tiap kali aku tengok mak, saat tu hati aku makin pedih. Tatapan mata dia, buat aku kuad. jenazah dibawa ke perkuburan berdekatan dengan rumah aku. Saat retina mata aku menangkap susuk tubuh abah di masukkan dalam liang lahat tu, saat tu lah aku terasa beratnya tangungjawab yang aku akan turut pikul bagi mengantikan dia. Tak pernah aku bayangkan untuk menangung walau secebis dari apa yang arwah tangung selama hari ini. Macam manalah aku di hari akan datang tanpa support terbesar aku? Aku ada emak. Aku ada emak. Aku ada emak. Hanya tu yang mampu aku bisikkan untuk semangat dalam hati aku.
Alhamdulillah, dari apa yang aku lihat, dari apa yang aku dengar dari orang yang menguruskan jenazah arwah, saat2 menguruskan jenazah dia, semuanya mudah. Arwah pergi dengan mudah. cuma satu aja yang aku terkilan, kami anak beranak, tak ada seorang pun sempat mengadap saat terakhir dia. Allahu, aku mohon padaMu, lapangkanlah yang sempit, terangilah yang gelap. Dia seorang ayah yang hebat. Ayah yang penyayang. Seorang anak yang baik. Suami yang bertangungjawab.
sesunguhnya tiada peganti buat mu abah.
sesunguhnya tiada peganti buat mu abah.
Comments
Post a Comment